![]()
|
![]() Pejabat Pendidikan Daerah Pontian 1927P, JALAN ALSAGOFF, 82000 PONTIAN, JOHOR DARUL TAKZIM. TEL : 07-6871677 FAX : 07-6870580 Kata-kata Aluan Pegawai Pendidikan Daerah Pontian.HAJI ZAINAL BIN NONG
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana diberi
kesempatan untuk merakamkan sepatah dua kata sempena pelancaran Homepage
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chien Hwa, Pontian di Internet. Syabas
dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat untuk menjayakan program ini.
Pelancaran Homepage Sekolah Chien Hwa ini menunjukkan wujudnya sikap yang
positif dan proaktif di kalangan staf sekolah Chien Hwa. Masyarakat
bermaklumat amat penting untuk kita menjadi peneraju dalam era Teknologi
Maklumat seperti yang ditegaskan oleh Perdana Menteri : " Computer literacy
is a must if we want to progress and delevop. No effort must be spared
in the creation of an information-rich Malaysia society." Sesungguhnya, banyak perubahan-perubahan positif sedang
berlaku dalam sistem pendidikan kita dengan wujudnya teknologi maklumat.
Kerajaan Malaysia sedang melancarkan satu reformasi Sistem Pendidikan
Malaysia dengan menggunakan Teknologi Multimedia. "Sekolah
Bestari" telah dipilh untuk meminpin perkembangan MSC. Sekolah
Bestari bertujuan membentuk pemikiran generasi baru kita untuk
bersedia menerima cabaran era Teknologi Maklumat. sekolah seluruh
negara perlu bersedia untuk perubahan ini. Akhir kata, saya mengucapkan Selamat Maju Jaya. Sekian, terima kasih. " BERKHIDMAT UNTUK NEGARA " " TEKNOLOGI KE ARAH PENDIDIKAN BESTARI" Saya yang menurut perintah,
(HAJI ZAINAL BIN NONG) |