turnbook.gif (1625 bytes) SJK(C) Chien Hwa telah ditubuhkan oleh En. Zheng Yi Xi, En. Zheng Mu Li,
En. Zheng Gui Xi dan En. Qiu Zhao Hua pada 23.01.1938. Pada mulanya, sekolah ini
bertumpang di sebuah kedai (Kedai Yi Ann).

Dengan bantuan daripada penduduk-penduduk kampung, sebuah sekolah kecil dan ringkas
telah dibina di sebidang tanah yang didermakan oleh Zheng Yi Xi pada bulan September
1938.

Sekolah ini terpaksa ditutup dari 1942 hingga 1945, kerana Perang Dunia Kedua.

sej2.gif (5761 bytes) xjing1.jpg (11374 bytes)

Pada 1946, selepas Perang Dunia Kedua, En. Cheng Zhang Huang dan En. Cheng Dun Ting
mempimpini penduduk Kg. Jawa untuk melantik Jemaah Pengurus untuk projek memperbaiki
bangunan sekolah yang telah binasa akibat Perang Dunia Kedua.

Pada tahun 1950, satu jawatankuasa telah ditubuhkan untuk membina sebuah sekolah yang
mempunyai 6 bilik darjah, sebuah dewan besar, sebuah dewan kecil, sebuah pentas, asrama
guru dan sebuah dapur.

Gch2.jpg (13867 bytes)Lantaran kekurangan peruntukan, bangunan sekolah yang
mempunyai kelengkapan penuh hanya dapat disiapkan pada tahun 1957, iaitu melalui bantuan
daripada En. Cheng Chuan Shui, En. Zheng Zhang Dong, En. Zheng Wen Rui, En. Yan
Chuan Xiang, En. Qiu Zhao Hwa, En. Zheng Xue Mu, En. Ang Seng Lee dan lain-lain.

Dalam tahun 1960, pihak sekolah mendapat peruntukan wang untuk membina sebuah
tandas. Pada tahun 1977, dengan Bantuan Modal Kerajaan, sebahagian daripada asrama
guru telah diubahsuaikan untuk dijadikan Perpustakaan. Pagar sekolah yang usang telah
digantikan pada tahun 1992, dengan Bantuan Modal Kerajaan.Pada tahun 1983, pihak
sekolah sekali lagi memperolehi peruntukan wang dari kerajaan untuk mempertingkatkan
kemudahan-kemudahan asas sekolah ini. Masa itu, sebuah Pejabat Guru & Guru Besar
telah siap ditubuhkan. Pada tahun 1994, lantaran asrama guru yang tidak lagi diduduki
telah diubahsuaikan menjadi Bilik Mesyuarat, Bilk Rehat, Stor Skim Pinjaman Buku Teks
dan Stor Pendidikan Jasmani.

Xjing2.jpg (11028 bytes)   xing3.jpg (16410 bytes)

Pada tahun 1997, dengan sumbangan oleh murid tua En. Peng Yi Zi sebanyak 6 buah
komputer, bersam-sama dengan bantuan dari Jemaah Pengurus dan PIBG, kelab
Komputer telah ditubuhkan.

Masa sekarang, sekolah ini mempunyai 6 orang guru, seorang pekerja rendah awam
dan 73 orang murid.

homejump.gif (2462 bytes)